Võ Văn Kiệt

Võ Văn Kiệt (23 November 1922 - 11 Jun 2008[1]) merupakan seorang ahli politik dan wakil negeri Vietnam. Beliau merupakan Perdana Menteri Vietnam dari 8 Ogos 1991 sehingga 25 September 1997. Beliau merupakan salah satu ahli politik yang telah menggubal polisi Đổi mới) di Vietnam. Nama lahir beliau ialah Phan Văn Hòa dan telah ditukar kepada Võ Văn Kiệt apabila beliau menyertai Parti Komunis Indochina. Nama samaran beliau pula ialah Sáu Dân.